Thursday, August 3, 2017

SINOPSIS BUKU TERKINI BULAN OGOS 2017 DI PERPUSTAKAAN INSPEN

1. 40 soalan yang patut tanya kepada peguam anda sebelum membeli rumah di Malaysia

40 soalan yang anda patut tanya032

Pengarang  : KhairulAnuar

Imprint  :  Kuala Lumpur : TrueWealth, 2010

Mukasurat : 166 ms

Sinopsis:

Individu yang membeli rumah di Malaysia pasti sedar betapa rumitnya proses perundangan berkaitan hartanah.  Kadangkala anda seperti terpaksa menjadi peguam untuk memahaminya.  Buku ini akan membantu menyelesaikan segala kerumitan dan keraguan anda itu dengan perkongsian idea mengenai perkara yang akan anda hadapi ketika proses pembelian.  Semua persoalan yang anda patut tanya kepada peguam anda pasti terjawab

Antaranya ialah :

  • Syarat-syarat untuk para peguam memberi khidmat nasihat berkaitan hartanah
  • Jumlah bayaran khidmat peguam yang boleh dikenakan
  • Peranan peguam selepas perjanjian jual beli ditandatangani
  • Sama ada seseorang peguam itu boleh berpihak kepada pemaju dan pembeli
  • Jalan penyelesaian jika anda tidak berpuas hati dengan peguam yang dilantik
  • Perundangan yang sah digunakan untuk transaksi hartanah dan profesion undang-undang

2.  Aku mahu naik pangkat

Aku mahu naik pangkat029

Pengarang :Khairul Rizal Ramli

Imprint  : Kuala Lumpur :  PTS Profesional , 2006

Mukasurat : 206 ms

Sinopsis:

Banyak keistimewaan yang akan di peroleh sekiranya naik pangkat.  Selain gaji dan status hidup naik, pengaruh juga semakin bertambah.  Tetapi paling menyeronokkan adalah mendapat kuasa kerana bukan semua orang layak menggunakan kuasa dalam organisasi ataupun syarikat.  Justeru, naik pangkat adalah idaman bagi mereka yang berkerjaya.  Tetapi bagaimanakah cara efektif hendak naik pangkat?

Ada orang menggunakan taktik kotor bagi memperolehinya.  Mereka menggunakan apa sahaja metode supaya cepat naik pangkat.  Tetapi cara ini lambat laun akan terbongkar.  Akibatnya, orang itu pasti dibuang kerja.

Aku Mahu Naik Pangkat membongkar rahsia yang mampu membuat bos dan rakan-rakan di tempat kerja senang berurusan dengan anda.  Walaupun tidak menggunakan strategi kotor, anda tetap dinaikkan pangkat kerana anda bijak menyesuaikan diri di tempat kerja.  Selain itu, anda juga hebat berkomunikasi dan pandai mengurus konflik serta masalah.  Hasilnya, pengaruh anda semakin banyak

3.  Berapa harga segulung ijazah

berapa harga segulung036

Pengarang : Dr. Kamaraiah Kamaruddin

Imprint : Petaling Jaya : Geleri Ilmu , 2009

Mukasurat : 380 ms

Sinopsis :

Hidup di dalam kampus mengajar mahasiswa tentang yang kesabaran dan kecekalan.  Tidak sedikit cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh kala mengharungi pelbagai isi dan masalah di Universiti.  Misalnya keazaman yang tinggi untuk melakukan tugasan atau penyelidikan yang diarahkan para pensyarah, ada kalanya diuji beberapa rintangan, iaitu masalah komputer, masalah kewangan, masalah komunikasi, masalah percintaan dan bermacam-macam-macam masalah lain.

Mahasiswa dan bakal mahasiswa wajar memiliki buku ini sebagai persediaan mental dan emosi dalam menghadapi ujian-ujian yang datang tatkala melangkah ke alam kampus.  Tip-tip daripada penulis tentunya dapat memberi inspirasi kepada anda dalam proses menggenggam segulung ijazah yang diidamkan

4.  Kesalahan-kesalahan dalam solat Duha yang membuatmu tidak kaya : jangan biarkan Duhamu sis-sia

bkesalahan-kesalahan dalam solat duha037

Pengarang :  Agus N. Cahyo

Imprint : Batu Cave :  Al-Hidayah House , 2011

Mukasurat : 129 ms

Sinopsis :

Apabila diperkatakan tentang solat Duha pasti ia dikaitkan dengan kemurahan rezeki dan kekayaan.  Namun apa yang utama dalam ibadah ialah ditetapkan niat dan hati kita untuk fokus meraih keredaan dan belas kasih Allah S.W.T.  Bukan semata-mata hanya mengejar fadilat dan kelebihannya sahaja.

Buku ini membuka helaian baru untuk kita menyemak semula ibadah Solat Duha yang kita amalkan.  Adakah peratusan kesempurnaan telah dicapai.  Semoga apa yang dihidangkan di dalam buku ini dapat membantu kita untuk meraih keredaan Allah dalam menunaikan ibadah sama ada yang fardu ataupun sunat.

5. Make more money

Make more money028

Pengarang :  Karen McCreadie

Imprint : Petaling Jaya : MPH Group Publishing , 2011

Mukasurat : 219 ms

Sinopsis :

Make more money brings together some of the greatest ideas on wealth and finance from four classic books : Napoloen Hill’s Think and Grow Rich, Benjamin Franklin’s The Way to Wealth, George S. Clason’s The Richest Man in Babylon and Charles Mackey’s Extraordinary Popular Delusions and the Madness of Crowds.

These best-sellers, written from the mid 18th to early 20th centuries, inspired readers in their time with simple and effective ideas that are still influential and relevant today.  The wise lessons from these books have been interpreted here using21 st century case studies and modern business and personel finance examples.  The 100 short, entertaining chapters, which include practiced tips and inspiring quotes, will help you get your finances working hard.

6. Merancang cukai pendapatan dan cukai perniagaan

merancang cukai pendapatan033

Pengarang :  Faridah Ahmad

Imprint  : Shah Alam : Arah Pendidikan , 2008

Muka surat :  127 ms

Sinopsis :

Buku ini sesuai dijadikan panduan oleh orang perseorangan, usahawan dan pelar IPT yang mengambil bidang Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.   Buku ini memberi panduan ringkas tentang cukai pendapatan, jenis-jenis pendapatan yang dikenakan cukai daripada pendapatan, sumber perniagaan dan pelaburan.

Topik-topik pengiraan cukai yang terdapat dalam buku ini :

  • Elaun modal yang boleh dituntut untuk perniagaan
  • Taksiran bersama dan taksiran berasingan suami dan isteri
  • Cara penentuan taraf mastautin individu dan syarikat
  • Jadual jenis-jenis pelepasan, potongan dan rebat cukai
  • Kaedah membuat potongan dan tuntutan
  • Denda bagi kesalahan-kesalahan pembayar cukai

Penerangan yang diberikan merangkumi percukaian syarikat, milikan tunggal dan perkongsian.  Selain itu dimuatkan juga sistem Taksiran Sendiri oleh Syarikat dan Individu

7.  Rahsia melabur dalam Unit Amanah

mrahsia melabur dalam unit034

Pengarang :  Sunthara Segar

Imprint  : Kuala Lumpur : PTS Profesional , 2007

Muka surat : 162 ms.

Sinopsis :

Buku ini memberikan petua     bagi menghasilkan keuntungan dengan pantas, tetapi ia mengajar cara mengelak daripada cepat rugi.  Ia juga tidak mengajar cara-cara mendapatkan modal melabur daripada ‘along’ ataupun membuat pinjaman semula (refinance) rumah anda.

Anda juga tidak akan memperoleh tip-tip ataupun berita terkini berkenaan unit amanah yang paling panas dan hangat di pasaran.  Hakikatnya, sebagai bakal pelabur yang bijak, anda tidak memerlukan maklumat sebegitu.  Apa yang anda perlu tahu adalah cara mengawal risiko dan membaik pulih prestasi portfolio.

Turut didedahkan lapan dongengan unit amanah yang sering mengelirukan pelabur.  Lima kes sebenar diutarakan bagi menunjukkan cara pelaburan profesional me3ngatur strategi bagi mendapat keuntungan.  Ia juga menerangkan dengan terperinci bagaimana mengira jumlah dana yang diperlukan dalam merancang pendidikan dan persaraan tanpa memerlukan kemahiran matematik yang memeningkan.

8. Padanya ada bahagia

Padanya ada bahagia038

Pengarang :  Dr. Robiah K. Hamzah

Imprint  : Batu Cave : PTS Litera Utama , 2014

Muka surat : 113 ms

Sinopsis :

Mendidik bukan sahaja memerlukan ilmu yang tepat dan pengalaman yang mampu meningkatkan keprihatinan kita dalam proses mendidik itu sendiri.  Jikalau pendidik bahagia mendidik, hasilnya juga pasti melahirkan anak yang bahagia.  Ini kerana, mereka dididik supaya berasa bahagia dalam menjalani kehidupan mereka sebagai anak dan rakan sebaya yang membesar bersama mereka.  Dalam buku ini, tip-tip dan manual diberi supaya dapat dipraktikkan oleh semua ibu bapa dalam membahagiakan anak-anak.

Kesempatan mendidik ini berlaku sekali sahaja dalam diri anak-anak.  Dengan itu, jadilah penyumbang kepada pembentukan “the leader in me’ di samping membina ‘the leader in you’.  Ayuh, sama-sama kita membina karakter anak-anak sehingga mereka merasai sentuhan kita sebagai ibu dan bapa yang sekali gus adalah guru pertama untuk mereka.

9.  The value investors

the value investors031

Pengarang : Ronald W. Chan

Imprint  : Singapore :  John Wiley & Sons Singapore , 2012

Muka surat : 224 ms

Sinopsis :

Students of investing look for a formula, a way of combining accounting and other information that will produce infallibly good investments results. Even Benjamin Graham, the founder and leading spirit of by far the most successful school of investment practice, spent a good deal of his time looking for such a formula.  To this end, students read both technical works and the retrospective testimonies of high-performing investors.  In both areas, they are largely disappointed.

The technical approaches have a meager record of success.  A few notably good books have been written (for example Joel Greenblatt’s You can be a stock market genius and Graham and Dodd’s Security analysis) but reported technical investment approaches rarely, if ever, lead to consistent, high-level returns (if they did they would be adopted by everyone and would become self-defeating)

This is why Ronald Chan has done such a valuable service in writing this book. He has put together a set of thorough and rigorous portraits of comprehensive range of notable value investors in a manageably short number of pages.  By combining descriptions of investment approaches with investor background, he illuminates the connection between individual character and effective investment practice.

10. Pinjaman peribadi : hasil kajian terhadap rakyat Malaysia

pinjaman peribadi035

Pengarang : Azrina Sobian

Imprint : Kuala Lumpur : IKIM , 2010

Muka surat : 130 ms

Sinopsis :

Pinjaman peribadi merupakan satu bentuk hutang yang tidak asing dalam masyarakat.  Fasa “pinjaman peribadi” tidak membawa konotasi negatif.  Melihat kepada rasa tersebut, apa yang dapat kita bayangkan ialah kemungkinan untuk menyelesaikan masalah atau mungkin dapat membantu individu memenuhi keperluan dan kehendak hidup.

Untuk itu hutang dalam apa bentuk sekalipun perlu difahami.  Apatah lagi kefahaman hutang dalam pandangan hidup Islam.  Perbincangan dari sudut ini akan membantu membentuk asas jiwa masyarakat yang tahu dan jelas sebab-sebab ia perlu berhutang atau membuat pinjaman peribadi.

Buku ini memberi peluang kepada pembaca memahami hutang dalam pandangan hidup Islam.  Bentuk hutang yang diberikan tumpuan ialah hutang dalam bentuk “ pinjaman peribadi”  bentuk ini dipilih kerana pada masa kini, amat mudah sekali ahli masyarakat terlibat dalam pinjaman tersebut.  Dalam masa yang sama, buku ini turut membincangkan persepsi dan sikap masyarakat Muslim terhadap hutang atau pinjaman peribadi itu.

No comments:

Post a Comment